Sebelum ini Yacht Club Games mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kandungan seterusnya buat permainan Shovel Knight yang mana ianya terdiri daripada pelbagai jenis kandungan termasuklah permainan baharu yang memfokuskan bentuk pertempuran

Terkini, tarikh pelancaran tersebut akhirnya diumumkan yang mana ianya bakal tiba pada 10 Disember 2019 ini. Tarikh pelancaran tersebut adalah untuk kesemua kandungan yang diumumkan iaitu Shovel Knight King Of Cards, Shovel Knight Showdown dan set Amiibo.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, Shovel Knight Shodown merupakan permainan bentuk perlawanan yang memfokuskan pelbagai watak dari siri Shovel Knight. Ianya akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga konsol-konsol generasi lain seperti PlayStation 3, Wii U dan juga di PC bersama-sama Amazon FireTV.

Manakala Shovel Knight: King Of Cards iaitu pernambahan seterusnya untuk Shovel Knight: Treasure Trove akan tiba di kesemua platform di atas dan juga di PlayStation Vita dan 3DS. Ianya juga akan tiba secara percuma buat kesemua pemilik Shovel Knight: Treasure Trove secara percuma.

Untuk informasi lanjut berkenaan permainan ini, anda boleh ke artikel di bawah.

Sohor Kini