Bagi yang sering bermain sebagai sokongan di dalam Overwatch, Mercy mungkin watak yang sering anda gunakan. Minggu ini, Blizzard menganjurkan cabaran masa terhad iaitu Mercy’s Recall Challenge di mana anda berpeluang untuk mendapatkan pelbagai ganjaran termasuk juga kostum untuk Mercy.
Cabaran ini bermula pada 12 November dan akan berakhir pada 2 Disember, di mana anda perlu memenangi 3 perlawanan (Quick Play, Competitive Play atau Arcade) untuk mendapatkan icon, 6 perlawanan untuk dapatkan 2 penyembur, dan 9 perlawanan untuk mendapatkan kostum Mercy.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan penyembur dengan menonton strim oleh strimer yang terpilih. Anda boleh mendapatkan 1 penyembur dengan menonton selama 2 jam, 2 penyembur untuk 4 jam dan 3 penyembur untuk 6 jam.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai watak Mercy, Blizzard juga berkongsi cerita pendek berjudul Valkyrie. Ia menceritakan bagaimana Mercy perlu membuat keputusan untuk menyertai semula Overwatch ataupun tidak. Anda boleh membacannya menggunakan pautan – Cerita pendek Valkyrie.
Overwatch sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.