Codemasters sebelum ini telah mengumumkan yang permainan simulasi perlumbaan kereta mereka Grid akan turut dikeluarkan untuk Google Stadia selain daripada PlayStation 4, Xbox One dan PC.
Mereka sebelum ini mengatakan yang ia akan tiba apabila Stadia dilancarkan, akan tetapi berdasarkan perkongsian oleh Google, ia tidak disenaraikan permainan yang akan tiba semasa masa tersebut.
Namun, permainan tersebut masih dijangka akan tiba pada tahun ini untuk Stadia. Satu lagi perkara menarik adalah pengarah pembangunan Grid mengatakan yang versi Stadia akan menyertakan mod perlumbaan 40 kereta, iaitu mod yang eksklusif untuk Stadia.
Tambah beliau lagi, mod tersebut dikeluarkan khusus untuk Stadia kerana hanya stadia mempunyai keupayaan untuk memberikan prestasi yang baik. Kebolehan Stadia untuk berhubung dengan Stadia lain lebih baik berbanding platform lain menjadi sebab utama.
Grid sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.