Hari ini siri TV sampingan (spin-off) Star Wars “The Mandalorian” akan mula disiarkan di platform penstriman Disney+ (esok waktu Malaysia). Siri TV ini akan mengisahkan pembunuh upahan sebagai watak utama, iaitu The Mandalorian itu sendiri. Terkini, satu video acah baharu telah diterbitkan sebelum siaran bermula.
Dalam video acah kali ini, ia memperlihatkan satu adegan baharu yang mana sejenis makhluk asing ini sengaja mencari gaduh bersama Mando. Kemudian berlakunya satu pergaduhan yang cemas, gempak dan seronok untuk dilihat. Seperti video acah sebelum ini, Mando turut kelihatan sedang menentang segerombolan Stormtroopers dan menghantar bongkah Carbonite yang mengandungi insan-insan yang telah berjaya diburu.
Sayang sekali, sehingga hari ini masih tiada berita baik sama ada Disney+ akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan sahaja berita baik dari Disney kelak.