Titans adalah siri TV DC pertama dalam platform penstriman video DC Universe. Ia disiarkan pada 2018 dan tahun ini diteruskan dengan musim kedua. Siri TV ini mengisahkan Dick Grayson (Robin), Raven, Starfire, Beast Boy, Hawk dan Dove, Wonder Girl dan Jason Todd (Robin) bersatu menumpaskan penjahat. Musim pertama memfokuskan pembinaan plot, manakala musim kedua memfokuskan menumpaskan penjenayah terkenal dalam Teen Titans – Deathstroke.
Terkini, DC telah pun mengumumkan yang siri TV ini akan diteruskan untuk musim ketiga – walaupun musim kedua masih belum tamat lagi. Nampaknya Titans mempunyai harapan yang tinggi bagi menghidupkan dunia DC dalam platform penstriman ini. Swamp Thing sudah pun dihentikan, Stargirl masih menanti giliran dan Doom Patrol musim kedua pula akan bermula pada tahun hadapan. Masih tiada premis atau sinopsis buat Titans musim ketiga ini, DC hanya mengicau di Twitter yang ia akan bersambung sahaja.
Apa-apa pun, kita harus nantikan Titans musim kedua tamat untuk ketahui apa pula misi pasukan Titans ini. Sayang sekali, ia hanya disiarkan di DC Universe yang terhad di beberapa negara sahaja dan VPN perlu digunakan. Sehingga hari ini, masih tiada khabar bila musim kedua akan disiarkan di Netflix.