Siri Katamari Damacy semestinya salah satu permainan kesukaan saya sendiri kerana ianya bukan sahaja mempunyai bentuk permainan yang comel dan menarik malah ianya juga mempunyai kawalan permainan yang sangat berbeza.

Terkini, dari pembangun yang sama dengan siri tersebut, Annapurna Interactive dan Funomena mengumumkan yang mana permainan seterusnya iaitu Wattam akan dilancarkan di PlayStation 4 dan PC melalui Epic Games Store bermula 17 Disember 2019 ini.

Wattam meletakkan pemain untuk membantu datuk bandar “Mayor” untuk menghasilkan timbunan dan rantaian pelbagai watak seperti Sushi, Flower, Cloud dan Poop dan menghasilkan satu kumpulan Wattam untuk membawa mereka kembali ke rumah.

Seperti permainan Katamari Damacy sebelum ini, Wattam akan menyertakan visual yang terang dicampur dengan muzik latar yang unik dengan melodinya tersendiri.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya menjelang Disember ini dan bagi versi PC, ianya sudah boleh dipra-tempah dengan harga hanya $7.99(~RM34) melalui Epic Games Store.

Sohor Kini