Skip to main content

Google Stadia bakal memulakan perkhidmatan mereka pada 19 November ini untuk pembeli Google Stadia Founder’s Edition, bersempena dengannya, Google juga menyenaraikan permainan-permainan yang dilancarkan pada tarikh tersebut.

12 permainan yang akan hadir adalah seperti berikut;

  • Destiny 2: The Collection
  • Assassin’s Creed Odyssey
  • Gult
  • Just Dance 2020
  • Kine
  • Mortal Kombat 11
  • Red Dead Redemption 2
  • Samurai Showdown
  • Tomb Raider: Definitive Edition
  • Rise of the Tomb Raider
  • Shadow of the Tomb Raider: Definitive Edition
  • Thumper

Seperti kita sedia maklum, bagi pemilik Stadia Founder’s Edition, ia akan menyertakan Stadia Pro yang akan memberikan satu permainan percuma iaitu Destiny 2: The Collection. Manakala 11 permainan lain harus dibeli secara berasingan, di mana mereka masih tidak berkongsi harga.

Google juga mengumumkan 14 lagi permainan akan ditawarkan secara berperingkat sehingga penghujung tahun ini;

  • Attack on Titan 2: Final Battle
  • Borderlands 3
  • Darksiders: Genesis
  • Dragon Ball Xenoverse 2
  • Farming Simulator 19
  • Final Fantasy XV
  • Football Manager 2020
  • Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint
  • Grid
  • Metro: Exodus
  • NBA 2K20
  • Rage 2
  • Trials Rising
  • Wolfenstein: Youngblood

Perkhidmatan Stadia masih diragui, bukan sahaja untuk prestasi akan tetapi juga melalui model perniagaan yang digunakan. Ramai berharap ia menyediakan sistem langganan seperti Netflix, kerana membeli permainan untuk satu platform baharu masih tidak meyakinkan.

https://www.youtube.com/watch?v=Pwb6d2wK3Qw

Leave a Reply