Tidak lama selepas dikeluarkan, Activision membuang sokongan alat kawalan untuk permainan mudah alih Call of Duty: Mobile dan ia adalah disebabkan imbangan permainan.
Tanpa mengambil kira pemain yang menggunakan pelagak, tiada cara untuk menggunakan sebarang alat kawalan bagi permainan tersebut. Ia mungkin perkara yang mengecewakan untuk sesetengah pemain.
Minggu ini, Activision melalui perkongsian kemaskini di Reddit, mengatakan yang sokongan alat kawalan akan disertakan semula di permainan tersebut tetapi mereka sedang mencari cara terbaik untuk memastikan permainan tersebut seimbang.
Mereka tidak berkongsi mengenai tarikh tetap mahupun sokongan yang disediakan, akan tetapi kami menjangkakan pemain boleh memilih untuk memasuki perlawanan dengan pemain yang menggunakan alat kawalan ataupun tidak.
Apa pendapat anda, adakah Call of Duty: Mobile patut memberi sokongan untuk penggunaan alat kawalan?