Seorang strimer yang dikatakan mendapat akses awal untuk permainan Pokémon Sword & Shield dikatakan mengambil masa 15 jam 23 minit sebelum mencapai Pokémon League iaitu bahagian akhir bagi penceritaan permainan Pokémon.

Dengan andaian beliau mengambil 1.5 jam untuk menyelesaikan Pokémon League, secara keseluruhan penceritaan utama permainan ini mungkin mengambil masa 17 jam untuk dihabiskan.

Ia mungkin lebih pendek jika ingin dibandingkan dengan permainan-permainan sebelum ini, tetapi menurut seorang pengguna reddit yang menonton penstriman, mengatakan penstrimer tersebut tidak melakukan sebarang aktiviti sampingan. Bahkan selepas gim ke 4, dia terus menerus menuju ke gim yang lain.

Pokémon Sword & Shield bakal dilancarkan pada 15 November 2019 ini khas di konsol Switch. Apa pendapat anda dengan jumlah masa yang diambil untuk menghabiskan penceritaan utama ini?

Sohor Kini