Skip to main content

Gearbox dan Compulsion Games hari ini mengumumkan yang DLC ketiga dan juga yang terakhir untuk permainan pengembaraan We Happy Few iaitu We All Fall Down akan dikeluarkan pada 19 November 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

DLC ini akan membawa kembali pemain ke Wellington Wells untuk memastikan bandar tersebut bebas daripada Joy, dengan pelbagai mekanik disertakan seperti memanjat bumbung, senjata shocking dart gun dan pelbagai lagi. Video trailer untuk DLC boleh ditonton di bawah.

We All Fall Down merupakan sebahagian daripada pas semusim untuk permainan ini yang dijual dengan harga RM73 di Steam, $19.99 (RM82) di Xbox Store dan buat masa ini ia tidak tersenarai untuk PS Store Malaysia.

Pas semusim akan menyertakan 2 DLC lain yang sudah dikeluarkan iaitu ‘Roger & James In The Came From Below’ dan ‘Lightbearer’. Ia juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM19.50 di Steam dan $7.99(RM33) di Xbox Store.

We Happy Few sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply