Informasi Permainan Video Terkini
SCOOB! Adalah Filem Animasi 3D Asal-Usul Scooby-Doo

SCOOB! Adalah Filem Animasi 3D Asal-Usul Scooby-Doo

Diterbitkan pada November 12, 2019 oleh .

Scooby-Dooby-Doo… Itu adalah perkataan yang kerap saya ulang apabila menonton siri animasi Scooby-Doo di televisyen pada suatu ketika dahulu. Siri animasi ini adalah menarik dan lain daripada yang lain, ia mengisahkan pasukan “adiwira” yang menaiki van “Mystery” menyelesaikan kes jenayah ‘seram’ bersama-sama dengan anjing yang lucu bernama Scooby-Doo. Populariti siri animasi ini adalah hebat, sehinggakan ada lima filem dihasilkan yang ditayangkan/disiarkan pada tahun 2002, 2004, 2009, 2010 dan filem sampingan pada tahun 2018.

Casey Kasem pelakon suara Shaggy dan Heather North pelakon suara Daphne telah pun meninggal dunia. Kini selepas 9 tahun sejak filem Scooby-Doo Curse of The Lake Monster, Warner Bros. hadir dengan filem animasi 3D mengisahkan asal-usul bagaimana pasukan “Mystery” ini ditubuhkan. Dari video acah, Fred, Daphne, Velma, Shaggy dan Scooby dilihat telah mula berkawan dan menyelesaikan misteri sejak dari mereka kecil lagi. Filem ini akan mengembara dari mereka kecil sehingga dewasa dan mereka perlu selesaikan misteri hantu anjing Cerberus, yang akan menyebabkan berlakunya apokalips anjing. Shaggy dan Scooby pula dilihat telah terperangkap dalam kapal makhluk asing.

Apa yang menarik dengan filem animasi ini adalah, ia dilihat seakan mempunyai jalan cerita arah baru. Bukan itu sahaja, Scooby masa kecil adalah comel – begitu juga dengan rakan-rakan lain. Suara Scooby-Doo masih kekal dilakonkan oleh Frank Welker. Manakala, suara Fred adalah Zac Efron, Amanda Seyfield sebagai Daphne, Gina Rodriguez sebagai Velma dan Will Forte sebagai Shaggy. Filem animasi 3D ini akan ditayangkan pada Mei 2020 kelak.


TIPS & ULASAN