Ketika acara Level UP KL PLAY yang berlangsung hujung minggu lepas di KLCC, kejohanan Dota 2 Predator League 2020 Malaysia iaitu juga berlangsung yang mana pasukan Flower Gaming meraih juara dengan nilai pusingan 2-0 antara pasukan CDEC.Avenger.

Atas kejayaan tersebut, Flower Gaming membawa pulang wang hadiah sebanyak RM25,000 diikuti oleh tempat kedua CDEC.Avenger dengan wang hadiah sebanyak RM10,000.

Kejohanan tersebut berlangsung dengan jayanya di KLCC, Kuala Lumpur yang mana pasukan Flower Gaming bermain dengan baik sekali di mana mereka menewaskan pasukan CDEC.Avenger di dalam kedua-dua pusingan tanpa sebarang kekalahan dari pihak mereka di keseluruhan kejohanan tersebut.
Dengan kejayaan ini, pasukan Flower Gaming juga disahkan akan mewakili Malaysia untuk kejohanan Predator League 2020 yang bakal berlangsung di Manila, Filipina. Di sana mereka akan bertembung dengan pasukan-pasukan lain dari Asia Tenggara untuk meraih juara.
Kami juga dengan kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat pasukan Flower Gaming atas kejayaan mereka untuk ke pusingan seterusnya buat Predator League 2020 ini.

Seperti awal tahun ini, Predator League 2020 juga akan menyertakan dua kejohanan permainan iaitu Dota 2 dan PUBG di mana kini setelah selesainya pusingan bagi peringkat Malaysia bagi permainan Dota 2, bagi permainan PUBG buat Predator League 2020 Malaysia ianya akan berlangsung pada 7 dan 8 Disember ini di Battle Arena, Petaling Jaya dengan wang hadiah terkumpul sebanyak RM24,000.
Menurut Predator, pusingan kelayakan akan berlangsung bermula 23 November 2019 ini secara atas-talian. Bagi anda berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan pendaftaran buatnya, anda boleh ke laman rasmi Predator League.
Semestinya kami di Aksiz akan mengemaskini sebarang berita terkini berkenaan Predator League dan pastikan anda memberi sokongan buat pasukan pilihan anda.