Skip to main content

Minggu ini, LetsGoDigital melaporkan yang Sony Interactive Entertaiment (SIE) telah memfailkan paten untuk satu rekaan bagi kartrij. Paten tersebut dijumpai di lembaga paten di Brazil. Paten tersebut difailkan pada bulan Jun tetapi baru sahaja diperlihatkan minggu lepas.

Berdasarkan maklumat paten tersebut, ia dicipta oleh Yujin Morisawa yang merupakan pengarah seni di SIE. Seperti kita sedia maklum, PlayStation 5 telah disahkan akan terus menggunakan cakera blu-ray, mungkinkah ini adalah kartrij untuk satu konsol mudah alih seperti Vita?

Oleh kerana ia sekadar paten, mungkin digunakan dan mungkin juga tidak, kita hanya boleh menunggu pengumuman rasmi oleh Sony. Adakah anda berminat, jika Sony mengeluarkan Vita baharu?

Leave a Reply