Seperti yang tertiris sebelum ini, watak Broly dari Dragon Ball Super merupakan watak DLC seterusnya untuk Fighter Pass musim ke-2 buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ.
Terkini, Bandai Namco berkongsi satu video acah yang memperlihat bentuk pemain watak Broly tersebut disamping pelbagai serangan dan kemahiran beliau.
Broly merupakan salah seorang Saiyan yang menjadi penjahat di dalam anime Dragon Ball Super: Broly. Di dalam video di atas, Bandai Namco bukan sahaja memperlihatkan serangan Gigantic Catastrophe buat watak tersebut, malah memperlihatkan transformasi Legendary Super Saiyan Broly.
Buat masa ini, tarikh pelancaran watak DLC Broly ini masih belum diumumkan.
Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco, berdasarkan siri Dragon Ball. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.