Pengarah untuk permainan Pillars of Eternity dan Pillars of Eternity 2: Deadfire mengatakan yang agar sukar untuk menjangkakan jika Pillars of Eternity akan menerima permainan ketiga.
Beliau mengatakan perkara tersebut di Tumblr untuk menjawab jika Pillars of Eternity 3 akan dikeluarkan. Walaupun ia bukan keputusan yang akan dilakukan oleh beliau, tetapi dengan jualan yang tidak memberangsangkan, Pillars of Eternity 3 mungkin tidak akan berlaku.
Beliau menambah lagi yang walaupun jumlah pra-tempah untuk Pillars of Eternity 2 adalah lebih tinggi berbanding permainan pertama, tetapi jualan selepas dikeluarkan adalah lebih kurang.
Satu perkara yang menurut beliau menjadi masalah adalah permainan tersebut menerima ulasan yang positif, pemain yang bermain permainan tersebut turut menyukainya. Oleh kerana itu, mereka tidak dapat mengenalpasti apa yang membuatkan prestasi jualan yang tidak baik.
Jika mereka ingin mengeluarkan permainan baharu daripada siri tersebut, mereka mungkin perlu mengubah konsep permainan untuk menarik lebih ramai pemain.
Dengan permainan mereka yang terbaru iaitu The Outer Worlds menerima ulasan dan jualan yang baik, mungkin kita tidak lagi menerima permainan baharu untuk Pillars of Eternity.
Pillars of Eternity 2: Deadfire sudah dikeluarkan untuk PC pada tahun lepas, manakala untuk konsol akan dikeluarkan pada tahun ini.