Hujung minggu lepas, ESM (Esports Malaysia) dan Kementerian Belia dan Sukan akhirnya mengumumkan secara rasmi senatai atlet esukan untuk ke kejohanan Sukan SEA yang bakal berlangsung bermula hujung bulan ini di Filipina. Pengumuman tersebut dilakukan bersempena dengan acara perlepasan atlet-atlet di Level UP KL 2019 yang berlangsung di KLCC pada 9 November lepas.
Acara tersebut dirasmikan oleh YB Syed Saddiq Abdul Rahman, menteri Belia dan Sukan yang mana beliau menyatakan ketika acara tersebut bahawa dengan menghantar atlet-atlet Malaysia ke Sukan Asia Tenggara semestinya ia akan mengubah persepsi rakyat terhadap esukan dan masa yang sama akan memberi kebanggaan kepada kita.
Beliau juga menyatakan bahawa esukan semestinya satu industri yang berkembang dan sangat penting di mana semua rakyat Malaysia juga perlu mengambil serius dan melayan atlet-atlet esukan seperti mana atlet sukan lain.
Seperti anda sedia maklum, Sukan SEA 2019 akan menyertakan 6 kejohanan permainan yang akan dipertandingkan iaitu Dota 2, Star Craft 2, Mobile Legends, Arena Of Valor, Tekken 7 dan Hearthstone.
Berikut adalah senarai jurulatih terlibat:
Manakala berikut adalah senarai pemain mengikut permainan:
Semestinya kami di Aksiz ingin mengucapkan selamat maju jaya buat atlet-atlet yang akan mewakili Malaysia untuk ke Sukan Asia Tenggara 2019 yang bakal berlangsung pada 30 November sehingga 11 Disember ini di Filipina.