Hujung minggu lepas, acara Level UP KL 2019 berlangsung dengan jayanya di KLCC yang mana terdapat pelbagai pengumuman yang dilakukan oleh pembangun tempatan dan sebagainya. Terkini, ketika acara Level UP Play 2019, Metronomik mengumumkan watak ketua musuh baharu yang akan mencabar pemain di dalam No Straight Roads iaitu DK West.
Seperti yang anda lihat melalui nama beliau, DK West merupakan watak berdasarkan muzik tradisional Malaysia iaitu Dikir Barat yang mana melalui permainan ini, pemain akan bertempur dengan beliau melalui bentuk perlawanan dengan visual wayang kulit.
Semestinya visual ini adalah sangat menarik dan menawan yang mana bukan sahaja ianya memperlihatkan seni karya Malaysia malah membawa satu bentuk permainan yang sangat berlainan dan unik.
Selain itu, bersempena juga dengan acara Level UP KL, Metronomik juga memperlihatkan video acah baharu yang menyenaraikan senarai-senarai watak yang akan tiba dan pelakon suara latar untuk permainan tersebut.
Berikut adalah pelakon suara latar yang terlibat:
No Straight Roads dijadualkan untuk dilancarkan pada awal tahun hadapan di PlayStation 4 dan PC melalui Epic Games Store.