Informasi Permainan Video Terkini
Sky Kyrin Diperlihatkan Secara Rasmi – Gandingan Bahu Kuasa Warriors Of The Sky Buat Permua Marvel Future Fight

Sky Kyrin Diperlihatkan Secara Rasmi – Gandingan Bahu Kuasa Warriors Of The Sky Buat Permua Marvel Future Fight

Diterbitkan pada November 9, 2019 oleh .

Sebelum ini, Marvel Games dan Netmarble mengumumkan yang mana mereka akan membawa empat adiwira baharu berdasarkan negara Asia Tenggara iaitu Warriors Of The Sky ke permua Marvel Future Fight yang mana ianya terdiri daripada Blue Dragon dari Vietnam, War Tiger dari Thailand, Shadow Shell dari Taiwan dan Sun Bird dari Malaysia.

Terkini ketika acara Level Up KL Play 2019, Danny Koo iaitu penerbit buat Marvel Games mengumumkan secara rasmi Sky Kyrin, iaitu hasil transformasi antara watak-watak Warriors Of The Sky tersebut.

Selain daripada pengumuman tersebut, Danny Koo juga berkongsi beberapa penceritaan berkenaannya di mana beberapa juta tahun dahulu, manusia terlibat dengan satu peperangan yang dipanggil War Of Dragon yang mana makhluk raksasa hampir menjajah dunia. Untuk mempertahan kaum manusia, mereka bertahan diri di Temple Of The Moon iaitu lokasi pertahan terakhir mereka dan mereka berganding bahu antara kuasa mereka dan menghasilkan Sky Kyrin, iaitu entiti berkuasa khas daripadanya.

Dengan kuasa Sky Kyrin, manusia akhirnya menewaskan raksasa tersebut di mana tamatnya peperangan tersebut. Sky Kyrin kemudiannya terbahagi kepada empat entiti yang mana kini ianya menjadi manusia semula untuk bersedia mempertahankan dunia jika berlakunya peperangan tersebut menjadi.

Semestinya Sky Kyrin tersebut boleh digunakan di dalam permua Marvel Future Fight, namun Danny Koo masih belum berkongsi bagaimana ianya akan digunakan memandangkan Sky Kyrin tersebut adalah satu entiti yang sangat besar dan berkuasa dan mereka masih lagi di dalam proses pembangunan buat permua tersebut.

Selain itu, ketika acara Level Up KL Play 2019 yang berlangsung hujung minggu ini, Danny Koo juga akan menyertakan poster khas buat pengunjung yang melawati reruai Marvel Games di sana yang mana poster-poster tersebut terdiri daripada adiwira Warriors Of The Sky di atas yang anda boleh dapatkan khas di sana.

Dari segi pelancaran watak-watak tersebut di permua Marvel Future Fight, ianya masih belum diumumkan. Menurut Danny Koo juga, buat masa ini mereka tidak ada mempunyai sebarang pengumuman berkenaan adiwira Warriors Of The Sky termasuklah adiwira Malaysia berkenaan komiknya tersendiri mahupun ianya akan ke MCU dan sebagainya.

Dari segi rekaan watak yang dipertikaikan terutamanya watak Sun Bird yang tidak melambangkan beberapa aspek rekaan Malaysia, Danny Koo menyatakan bahawa mereka sememangnya terima sebarang kritikan dan komen peminat yang mana beliau sendiri mengetahui bahawa peminat Marvel adalah peminat yang sangat bersemangat sekali. Namun, rekaan tersebut dihasilkan selepas pertimbangan bukan sahaja untuk pasaran tempatan, malah pasaran global. Sekaligus ianya kenapa ianya dihasilkan dengan rekaan sedemikian.

Marvel Future Fight telah pun dilancarkan beberapa tahun lepas yang mana ianya adalah permua percuma di iOS dan Android di mana ia menyertakan lebih dari 200 adiwira Marvel dan menyertakan bentuk permainan beraksi. Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh ke pautan di bawah untuk memuat-turunnya.

Muat-turun Android: Marvel Future Fight

Muat-turun iOS: Marvel Future Fight


TIPS & ULASAN