Informasi Permainan Video Terkini
Death Stranding Boleh Di Pra-Tempah Di Steam Dan Epic Games Store – Tiba Suku Ketiga 2020
PC

Death Stranding Boleh Di Pra-Tempah Di Steam Dan Epic Games Store – Tiba Suku Ketiga 2020

Diterbitkan pada November 9, 2019 oleh .

Kemaskini: Mungkin akibat ralat penyenaraian sebelum ini, harga di Epic Games Store kini ditukar ke $59.99 (RM247).


Sepertimana yang diumumkan oleh 505 Games dan juga Kojima Productions, Death Stranding yang baru sahaja dikeluarkan di PlayStation 4 minggu ini akan turut dikeluarkan untuk PC pada suku ketiga tahun hadapan.

Hari ini, permainan tersebut sudah boleh di pra-tempah di Steam dan juga Epic Games Store. Harga yang ditawarkan adalah RM239 di Steam dan menariknya, hanya $28.99(RM119.82) di Epic Games Store.

Ia masih masa yang lama sebelum dikeluarkan, tetapi jika anda betul-betul berminat, anda boleh ke mana-mana kedai pilihan anda untuk pra-tempahnya.

Bagi kami permainan ini adalah antara yang terbaik dikeluarkan tahun ini, anda boleh membaca ulasan penuh kami melalui pautan Ulasan Death Stranding – Karya Agung Hideo Kojima Yang Terlalu Bercita-Cita Tinggi.

Steam: Death Stranding

Epic Games Store: Death Stranding


TIPS & ULASAN