Filem animasi tempatan paling menarik saya tonton tahun ini adalah BoBoiBoy Movie 2. Ia penuh dengan aksi, komedi dan drama yang menarik. Filem ini juga berjaya mengutip RM30 Juta, secara terus menjadi filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi di Malaysia. Kelak pada 15 November, siri sampingan memfokuskan watak Papa Zola dan anaknya Pipi Zola pula akan disiarkan.
Terkini, BoBoiBoy Movie 2 akan hadir di Astro First dan On Demand pada 14 November. Peminat filem animasi ini kini boleh saksikannya di rumah sahaja. Apa yang lebih menarik adalah, filem ini akan hadir dengan 7 minit adegan lanjutan (extended). Jadi akan ada adegan-adegan yang tidak diperlihatkan semasa filem ini ditayangkan. Saluran Astro First yang menyiarkan filem ini adalah 480 dan bagi On Demand ia akan terpapar di antaramuka atau anda boleh membuat carian.