Sensor Tower minggu ini berkongsi senarai permainan mudah alih dengan pendapatan tertinggi sepanjang bulan Oktober. Secara keseluruhan, PUBG Mobile mendahului dengan jumlah pendapatan sebanyak $153.9 juta (RM636 juta).

Tempat kedua adalah Honor of Kings ataupun dikenali sebagai Arena of Valor di pasaran tempat, diikuti dengna Candy Crush Saga dan Pokémon GO.

Jika mengikut platform pula, PUBG Mobile mendahului untuk App Store tetapi tidak untuk Google Play, berkemungkinan besar kerana jumlah pendapatan di pasaran China tidak disertakan untuk pengiraan platform tersebut.

Sohor Kini