Take-Two yang menjadi rumah kepada pelbagai syarikat permainan seperti Rockstar dan 2K mengumumkan prestasi kewangan untuk suku kedua yang sangat baik. Di mana ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 74% berbanding suku yang sama pada tahun lepas.
Kejayaan tersebut dibantu dengan pengeluaran permainan seperti Borderlands 3 yang terjual sebanyak 7 juta unit setakat ini dan juga NBA 2K20 yang terjual sebanyak 6 juta unit. The Outer Worlds yang diterbitkan oleh Private Division juga memperlihatkan pretasi yang lebih baik berbanding jangkaan mereka.
Permainan lain yang turut memberi sumbangan kepada pendapatan adalah Red Dead Redemption 2 yang terjual sebanyak 26.5 juta unit secara keseluruhan dan Grand Theft Auto V yang kini telah terjual sebanyak 115 juta unit.
Mereka juga mengumumkan yang daripada pendapatan tersebut, 73% adalah disumbang daripada pembelian secara digital. seperti pembelian di dalam permainan untuk siri NBA 2K, Red Dead Online dan GTA Online.