Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Epic Games Store Kini Boleh Dimuat Turun – Nuclear Throne Dan Ruiner
PC

Permainan Percuma Epic Games Store Kini Boleh Dimuat Turun – Nuclear Throne Dan Ruiner

Diterbitkan pada November 8, 2019 oleh .

Bagi permainan percuma minggu ini, Epic Games Store menawarkan dua permainan iaitu Nuclear Throne dan Ruiner. Ia kini boleh ditebus dan juga dimuat turun.

Nuclear Throne merupakan permainan menembak daripada pandangan atas yang dibangunkan oleh Vlambeer. Ia dikeluarkan untuk PlayStation 4, Vita, Switch dan PC sejak tahun 2015.

Ruiner juga merupakan permainan yang mempunyai genre yang sama dengan Nuclear Throne. Ia dibangunkan oleh Reikon Games dan diterbitkan oleh Devolver Digital untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada tahun 2017.

Anda boleh dapatkan permainan ini secara percuma sehingga 14 November 2019. Kemudian ia akan digantikan dengan satu permainan sahaja iaitu The Messenger.

Epic Games Store: Nuclear Throne & Ruiner


TIPS & ULASAN