Sempena pelancaran permainan Death Stranding hari ini, PlayStationAsia hari ini berkongsi satu kod khas buat anda untuk dapatkan set avatar khas BB buat akaun PSN anda di mana anda boleh tebusnya menggunakan kod yang disediakan di bawah.
Untuk memudahkan anda, bagi pemain di Malaysia, anda boleh tebuskan kod ini HQH3-JKN9-2BFQ untuk mendapat set avatar BB tersebut secara percuma. Set avatar tersebut menyertakan 6 set avatar yang anda boleh gunakan.
Death Stranding dilancarkan secara rasmi di konsol PlayStation 4 pada 8 November 2019 hari ini dan ianya juga dirancang untuk dilancarkan di PC sekitar tahun hadapan.
Dari segi ulasan pula, kami juga sebelum telah pun mengulas permainan Death Stranding yang mana kami berkongsi pelbagai informasi lanjut bentuk permainannya dan pendapat kami berkenaannya. Bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di bawah.