Informasi Permainan Video Terkini
Days Gone Menerima Kemaskini Tangki Minyak BB Bersempena Pelancaran Death Stranding

Days Gone Menerima Kemaskini Tangki Minyak BB Bersempena Pelancaran Death Stranding

Diterbitkan pada November 8, 2019 oleh .

Bersempena dengan pelancaran Death Stranding hari ini, Bend Studio iaitu pembangun untuk permainan Days Gone mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kemaskini 1.6 buat permainan tersebut yang mana ianya akan menyertakan beberapa kandungan bertemakan permainan Death Stranding.

Antara kandungan yang diperlihatkan adalah tangki minyak motosikal Deacon yang bertemakan BB pod, iaitu kelengkapan yang digunakan oleh Sam Porter Bridges di dalam permainan Death Stranding. Menariknya, kelihatan BB pod tersebut juga akan berinteraksi dengan pemain dan mula “hidup” setelah pemain mendekatinya.

Selain itu, Bend Studio juga menyertakan beberapa kandungan lain seperti tangki minyak motosikal dari Death Stranding, pelekat dan cat warna yang berbeza juga bertemakan Death Stranding. Menurut Bend Studio, kemaskini tersebut tiba secara percuma buat semua pemilik permainan Days Gone.

Days Gone telah pun dilancarkan secara eksklusif di konsol Playstation 4 awal tahun ini manakala Death Stranding pula dilancarkan secara rasmi bermula hari ini.


TIPS & ULASAN