Capcom hari ini mengumumkan yang Monster Hunter World: Iceborne bakal menerima dua acara kolaborasi dengan Resident Evil 2 dan juga Horizon Zero Dawn The Frozen Wilds.

Acara Raccoon City (Resident Evil 2) akan bermula pada 8 November 2019 di mana ia menyertakan misi RE: Returnt of the Bioweapon. Pemain berpeluang untuk mendapatkan lencana S.T.A.R.S melaluinya untuk digunakan bagi mencipta kostum Leon dan Claire.

Misi tersebut memerlukan anda mempunyai MR20 atau lebih tinggi, ia bertempat di Rotten Vale dan objektif adalah membunuh Blackveil Vaal Hazak. Acara ini berakhir pada 5 Disember 2019.

Manakala acara Horizon Zero Dawn The Fronzen Wild akan 22 November sehingga 9 Januari 2019. Ia menyertakan misi Into the Frozen Wilds yang memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan Banuk Warrior Symbols yang boleh diguna untuk menghasilkan Stormslinger Prototype iaitu senjata jenis Bowgun. Pemain juga boleh mendapatkan pendant Focus.

Acara ini memerlukan MR24 ataupun lebih tinggi, ia bertempat di Hoarfrost Reach dan objektifnya adalah membunuh Zinogre.

Monster Hunter World: Iceborne merupakan penambahan untuk Monster Hunter World dan ia sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Versi PC akan dikeluarkan pada Januari 2020.

Sohor Kini