Steam Database melalui perkongsian di laman Twitter memperlihatkan sebahagian daripada kod di perisian Steam menyatakan yang “Steam Cloud Gaming” adalah sebahagian daripada pilihan pengedaran.

Penstriman permainan video bukanlah satu perkara yang baru untuk Steam, baru-baru ini mereka mengumumkan Remote Play Together untuk membolehkan permainan koperasi setempat di mainkan secara dalam talian.

Namun, remote play dan cloud gaming nampak macam dua perkhidmatan yang berbeza. Adakah ini bermaksud yang Valve bakal hadir dengan platform permainan awanan mereka sendiri?

Sohor Kini