Ketika acara Level UP KL 2019 yang berlangsung minggu ini, Streamline Media iaitu syarikat utama dari Streamline Games mengumumkan Day Zero, iaitu bahagian baharu syarikat mereka yang memfokuskan kerja jaminan mutu dan pelancaran permainan secara global.
Day Zero semestinya adalah sebahagian daripada Streamline media yang mana ianya adalah dihasilkan khas untuk melakukan kerja-kerja dari segi sebelum lancarnya sesuatu permainan tersebut.
Menurut Alexander Fernandez iaitu ketua pegawai ekskutif Streamline Media, beliau menyatakan bahawa Day Zero bukan sahaja akan membantu pembangun untuk memastikan kualiti permainan mereka dalam keadaan yang baik, malah memudahkan segala komunikasi dari segi pelancaran pelbagai bahasa asing dan perhubungan antara syarikat pembangun.
Buat masa ini, mereka juga mencari pekerja dan juga pelajar yang berminat untuk melakukan latihan amali untuk bekerja sebagai penjamin mutu permainan. Selain itu, penterjemah bahasa Korea dan China juga sedang dicari oleh mereka untuk mempertingkatkan senarai bahasa-bahasa yang akan dilakukan oleh mereka.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut, anda boleh ke laman Streamline Media untuk menghubungi mereka.