Akhir bulan lepas, Starbreeze Studios dan Overkill mengumumkan yang mereka memulakan semula pembangunan kandungan untuk Payday 2 selepas terhenti kerana pelbagai masalah kewangan.

Hari ini, mereka mengumumkan kandungan tambahan baharu untuk permainan tersebut yang dinamakan sebagai Silk Road. Terdapat kandungan tambahan percuma dan berbayar.

Sistem pakaian bersama dengan 6 pakaian baharu dan juga penambah-baikkan antaramuka akan diberikan secara percuma kepada pemain. Manakala tiga kandungan tambahan berbayar adalah;

  • Border Crossing Heist iaitu jenis heist baharu yang dijual dengan harga $6.99 (RM28)
  • Tailor Pack 1 yang menyertakan 20 tambahan pakaian (4 jenis dengan 5 warna berbeza) dengan harga $2.99 (RM12)
  • Cartel Optics Mod Pack menyertakan 10 mod baharu untuk senjata, ditawarkan dengan harga $2.99(RM12).

Ketiga-ketiga penambahan berbayar juga ditawarkan secara bersama iaitu berkas Border Crossing dengan harga $9.99 (RM41). Penambahan Silk Road ini akan tiba pada 7 November 2019.

Payday 2 sudah dikeluarkan sejak tahun 2013 untuk hampir kesemua konsol dan PC termasuk juga konsol generasi lepas.

Sohor Kini