Informasi Permainan Video Terkini
Dead Cells Menerima Kemaskini Utama Corrupted Bermula Hari Ini

Dead Cells Menerima Kemaskini Utama Corrupted Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada November 7, 2019 oleh .

Motion Twin dan Evil Empire hari ini mengumumkan kemaskini utama untuk Dead Cells iaitu Corrupted. Kemaskini tersebut sudah hadir untuk versi PC manakala untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch akan tiba pada akhir November ini.

Melaluinya, ia menyertakan mini biome ataupun kawasan baharu yang menyerupai Prison Depth. Ia menawarkan cabaran yang lebih singkat. Kemaskini ini juga memperkenalkan Scroll Fragments yang boleh digabung untuk membentuk triple scroll.

Bagi pemain yang bermain dengan tahap kesukaran yang tinggi, Recycling Tubes akan menggantikan barangan anda dengan 4 set barangan secara rawak, dan pemain boleh memilih salah satu daripadanya. Ia akan menjadikan tahap kesukaran meningkat dengan lebih baik.

Akhir sekali adalah ia juga menyertakan rune baharu iaitu Explorer’s Instinct di mana rune tersebut akan memperlihatkan keseluruhan peta dan serta kawasan-kawasan yang menarik dan juga tiga Tactics mutations baharu iaitu Crows Feet, Tactical Retreat dan Networking.

Dead Cells sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN