Skip to main content

Acara Grand Prix pertama untuk Crash Team Racing Nitro-Fueled iaitu Spooky Grand baru sahaja berakhir minggu ini, dan hari ini Activision mengumumkan acara kedua daripada tiga acara Grand Prix iaitu Neon Circus.

Acara ini akan bermula pada 9 November, pukul 12 pagi yang akan menyertakan beberapa kandungan baharu seperti litar Koala Carnival, mod permainan Ring Rally untuk Local Arcade, watak seperti Pasadena O’ Pssum dan Ebenezer Von Clutch dan Koala Kong.

Selain itu, ia juga menyertakan kart baharu Nitro Bumper Kart, pelbagai barangan hiasan yang juga menyertakan hiasan khusus Neon Circus untuk pemain yang mencapai kedudukan 5% teratas sepanjang acara ini.

Pemain juga boleh mencari telur emas tersembunyi di mod Adventure untuk nyah kunci King Chicken. Crash Team Racing Nitro-Fueled telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch pada Jun lepas di mana kami sebelum ini juga telah pun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut, di mana anda boleh membacanya di pautan di bawah.

Leave a Reply