Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Nintendo sebelum ini, Masahiro Sakurai iaitu pengarah untuk permainan Super Smash Bros. Ultimate akan berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut berkenaan watak DLC Terry Bogard dengan satu acara penstriman khas.

Terkini, acara tersebut telah pun berlangsung yang mana beliau mengumumkan bahawa watak DLC tersebut akhirnya diumumkan bahawa ianya dilancarkan hari ini.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan watak Terry Bogard, beliau merupakan watak pelawan dari siri permainan Fatal Fury dan King Of Fighters yang sangat terkenal oleh SNK.

Melalui penstriman di atas, Masahiro Sakurai memperlihatkan sebilangan bentuk serangan Terry Bogard dan beberapa watak sampingan lain yang bakal tiba melalui lokasi permainan tersebut bersama DLC tersebut. DLC ini juga akan menyertakan 50 muzik latar berdasarkan siri-siri Fatal Fury.

Selain itu, beliau juga umum beberapa kostum untuk watak Mii Fighter berdasarkan siri King Of Fighter bakal tiba secara berasingan.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, watak DLC Terry Bogard boleh dibeli secara berasingan ataupun melalui pas musim Fighter Pass dengan harga bermula $24.99(~RM106) di mana ianya telah pun dilancarkan hari ini bersama-sama kemaskini 6.0.0 buat permainan tersebut.

Super Smash Bros. Ultimate telah pun dilancarkan secara eksklusif di konsol Switch.

Leave a Reply