Seperti kita sedia maklum, Keanu Reeves akan memainkan peranan yang penting di dalam permainan CD Projekt Red, Cyberpunk 2077, bahkan watak beliau iaitu Johnny Silverhand merupakan watak yang mempunyai jumlah dialog kedua terbanyak di dalamnya.
Menurut Luca Ward iaitu pelakon suara bahasa Itali untuk watak tersebut mengatakan jumlah rakaman beliau meningkat dua kali ganda disebabkan Keanu Reeves meminta CD Projekt Red untuk melibatkan watak beliau di dalam permainan tersebut dengan lebih mendalam.
Jika benar Keanu Reeves sendiri meminta untuk watak beliau diketengahkan lagi, boleh dikatakan yang beliau sendiri menyukai watak tersebut.
Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 16 April 2020.