Skip to main content

PewDiePie atau nama sebenar beliau Felix Kjellberg sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, selain pencipta kandungan untuk YouTube, beliau juga ada mengeluarkan beberapa permainan, atau memberi jenama beliau untuk dijadikan sebagai permainan.

Permainan terbaru beliau iaitu Pixelings akan dikeluarkan pada 15 November 2019 ini untuk iOS dan Android. Jika anda berminat, ia juga kini boleh di pra-daftar untuk mendapat makluman apabila ia sedia untuk di muat turun.

Pixelings adalah permainan mengumpul pelbagai watak (gacha), ia juga mempunyai mod perlawanan PvP dan juga mod penceritaan untuk dimainkan secara solo. PewDiePie sebelum ini mengeluarkan dua permainan iaitu Legend of the Bro Fist dan TuberSimualator.

Kesemua permainan beliau dibangunkan oleh Outerminds Inc.

[info]App Store: PewDiePie’s Pixeling[/info] [info]Play Store: PewDiePie’s Pixeling[/info]

Leave a Reply