Quantic Dream membuat kejutan pada Mac lepas apabila mengumumkan kesemua permainan mereka iaitu Heavy Rain, Beyond: Two Souls dan Detroit: Become Human yang merupakan eksklusif untuk PC akan dikeluarkan untuk PC.

Heavy Rain dan Beyond: Two Souls kini sudah dikeluarkan akan tetapi tiada tarikh pengeluaran untuk Detroit: Become Human. Walaupun di Epic Games Store ia tersenarai akan dikeluarkan pada 1 Januari 2021, tetapi kami merasakan ia sekadar tarikh yang diletak sahaja.
Minggu ini, David Cage melalui akaun Twitter beliau berkongsi tangkapan skrin untuk permainan tersebut versi PC, beliau juga mengatakan yang pembangunan di peringkat akhir dan pengumuman lanjut akan dilakukan tidak lama lagi, mungkin untuk mengumumkan tarikh pengeluaran sebenar.