Informasi Permainan Video Terkini
Andy Serkis & Colin Farrell Dilaporkan Akan Memainkan Watak Alfred & The Penguin Dalam Filem The Batman

Andy Serkis & Colin Farrell Dilaporkan Akan Memainkan Watak Alfred & The Penguin Dalam Filem The Batman

Diterbitkan pada November 6, 2019 oleh .

Filem The Batman adalah filem olahan semula kisah Batman yang dilaporkan akan berlaku pada masa silam. Filem ini dikatakan akan memfokuskan zaman Batman/Bruce Wayne masih muda. Robert Pattinson sudah pun disahkan akan memainkan watak Batman/Bruce Wayne. Yang masih menjadi tanda tanya adalah siapakah penjahat? Siapa pula Alfred dan siapa pula Commissioner Gordon?

Terkini laporan dari Deadline telah melaporkan yang Andy Serkis akan memainkan watak sebagai Alfred Pennyworth. Manakala Colin Farrell akan berlakon sebagai penjahat The Penguin. Sebelum ini sudah pun ada berita yang melaporkan watak Commissioner Gordon akan dimainkan oleh Jeffrey Wright, penjahat lain seperti The Riddler akan dilakonkan oleh Paul Dano dan Zoe Kravitz akan memainkan watak Catwoman.

Tiada berita lanjut mengenai watak-watak ini lagi buat masa ini. Tetapi agak menarik untuk melihat filem The Batman akan datang hadir dengan pelbagai pelakon popular serta watak-watak yang menarik dan ikonik dalam dunia Batman. Sama-sama kita nantikan berita lanjut.


TIPS & ULASAN