Supercell Menghentikan Rush Wars Selepas 3 Bulan Di Peringkat Beta

Supercell mengumumkan permainan mudah alih terbaru mereka iaitu Rush Wars pada Ogos lepas, di mana mereka mengeluarkan versi beta di beberapa negara terpilih.

Berbanding pengumuman yang permainan tersebut dikeluarkan di lebih banyak negara, Supercell sebaliknya mengumumkan yang mereka akan menghentikan permainan tersebut.

Antara sebab yang diberi adalah, pemain mengatakan yang permainan tersebut terlalu berulang, walaupun memperkenalkan pelbagai penambah-baikkan, Supercell merasakan ia tidak mencapai kualiti seperti mana permainan mereka yang lain.

Bermula hari ini, kesemua pembelian di dalam permainan akan dihentikan, dan pemain boleh terus bermain sehingga 30 November 2019.

Sohor Kini