Skip to main content

Siri Dragon Ball Z sememangnya terkenal bukan sahaja penceritaannya yang epik malah ianya juga menyertakan pelbagai watak-watak unik dan menarik oleh Akira Toriyama yang mana pasti menjadi satu ikutan orang ramai sepanjang zaman ini.

Terkini, dengan pelancaran permainan akan datang Dragon Ball Z: Kakarot yang semakin hampir, Bandai Namco berkongsi satu video khas yang memperlihatkan watak-watak sokongan yang bakal tiba buat permainan tersebut di mana mereka akan membantu pemain ketika mengembara dan bertempur di dalam permainan ini.

Melaluinya, pemain berupaya untuk mempunyai sehingga 2 watak sokongan di mana setiap mereka akan mempunyai kemahiran tersendiri untuk membantu Goku ketika bertempur.

Salah satu watak terkenal iaitu Krillin mempunyai kemahiran seperti Solar Flare dan Destructo Disc yang pasti akan membantu pemain ketika bertempur dengan musuh-musuh berkuasa. Bandai Namco juga memperlihatkan watak lain seperti Yamcha, Tien dan Chiaotzu.

Selain itu, watak-watak lain yang boleh dimainkan oleh juga diperlihatkan seperti Gohan, Piccolo dan Vegeta yang mana setiap satunya mempunyai kemahiran sendiri. Menariknya, pemain juga boleh melakukan misi sampingan khas berdasarkan watak-watak yang dipilih oleh pemain.

Dragon Ball Z: Kakarot adalah permainan yang dibangunkan oleh CyberConnect 2 dan diterbitkan oleh Bandai Namco. Ianya bakal tiba secara rasmi pada 17 Januari 2020 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply