China Menghadkan Masa Bermain Pemain Bawah Umur Selama 1.5 Jam Sehari

Bagi mencegah ketagihan bermain permainan video, China ingin memperkenalkan garis panduan baharu bagi pemain bawah umur yang mungkin akan memperlihatkan pengurangan masa bermain dan had pembelian untuk permainan mudah alih.

Berdasarkan laporan media tempatan di China, sebahagian daripada garis panduan tersebut, ia memperkenalkan sistem pendaftaran dan sistem had umur yang lebih ketat. Pemain perlu memberikan maklumat yang benar semasa pendaftaran.

Kerjasama bersama kementerian keselamatan awan akan dilakukan untuk membina sistem pengenalan diri bagi memudahkan syarikat pembangun untuk mengesahkan identiti termasuk juga umur setiap pengguna. Syarikat pembangun yang gagal melakukannya mungkin boleh ditarik balik lesen penerbitan mereka.

Antara had yang akan diperkenalkan adalah, pemain hanya boleh bermain di antara pukul 8 pagi sehingga 10 malam, serta dihadkan kepada 1.5 jam sehari ataupun 3 jam sehari semasa hari cuti. Had pembelian di dalam permainan juga disertakan iaitu sebanyak 400 yuan (RM236) sebulan.

Ini adalah untuk pemain bawah umur sahaja dan tiada had untuk pemain lain. Laporan juga mengatakan sistem ini sudah diperkenalkan di platform lain, dan kini di bawah untuk permainan mudah alih.

Sohor Kini