Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Siri Netflix The Witcher akan mula ditayangkan pada 20 Disember ini yang mana ianya dibintangi oleh Henry Cavill, iaitu pelakon yang terkenal sebagai Superman di dalam filem DC.
Terkini melalui laporan GamesRadar, penerbit siri tersebut iaitu Lauren Schmidt Hissrich menyatakan yang mana penceritaan The Witcher tersebut telah pun dirancangkan sehingga 7 musim.
Semestinya buat masa ini, musim kedua masih belum lagi disahkan memandangkan musim pertama masih belum ditayangkan.
Meskipun begitu itu, penerbit tersebut juga menyatakan bahawa siri ini merupakan siri penceritaan yang sangat berkait rapat dengan penceritaan “Manusia” yang mana bukan sahaja menyertakan pelbagai plot menarik dengan elemen fantasi seperti raksasa dan sebagainya. Malah beliau juga menyatakan bahawa siri ini akan berkait rapat dengan tema keluarga yang mana pasti akan menarik minat ramai penonton untuk tahun-tahun akan datang.
Semestinya kami sendiri di Aksiz juga agak terpegun dengan video acah yang diperlihatkan sebelum ini dan tidak sabar untuk menonton siri ini menjelang Disember ini.
Bagi anda yang masih belum mempunyai langganan Netflix, baru-baru ini mereka juga umum langganan khas serendah RM17 untuk pengguna peranti telefon pintar.