Informasi Permainan Video Terkini
Anthem – Kostum Javelin Bertemakan Mass Effect Tiba Minggu Ini Sempena Hari N7
PC

Anthem – Kostum Javelin Bertemakan Mass Effect Tiba Minggu Ini Sempena Hari N7

Diterbitkan pada November 6, 2019 oleh .

Bagi peminat siri Mass Effect, anda pasti mengetahui berkenaan hari N7 yang mana ianya berlangsung pada 7 November setiap tahun dan dikatakan adalah hari buat permainan Mass Effect, iaitu siri permainan yang sangat terkenal oleh Bioware dan EA.

Terkini, bersempena dengan hari tersebut, permainan terkini mereka iaitu Anthem akan menerima kostum Javelin khas bertemakan watak-watak dari Mass Effect.

Melaluinya, terdapat 4 kostum berdasarkan watak-watak Mass Effect yang mana setiap satunya akan terbahagi kepada kelas watak di dalam permainan Anthem tersebut. 4 Kostum tersebut adalah kostum adalah kostum Quarian Interceptor, Asari Storm, Turian Ranger dan Krogan Colossus.

Selain itu, EA juga akan menyertakan pelbagai gerakan Emote dan warna grafik bertemakan Mass Effect yang anda boleh dapatkan di dalam kedai permainan Anthem. Bagi anda yang berminat, ianya boleh didapatkan dengan membelinya dengan melalui kedai permainan tersebut mengikut harga yang ditetapkan.

Anthem adalah permainan penembak atas-talian yang telah pun dilancarkan awal tahun ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang ingin mengetahui pendapat kami berkenaan permainan ini, anda boleh ke pautan ini.


TIPS & ULASAN