ASICS dan Capcom minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan kolaborasi khas untuk melancarkan koleksi kasut, pakaian dan bag bertemakan watak Mega Man.

Menurut ASICS, kolaborasi untuk kasut adalah berdasarkan kasut GEL BND dan ianya akan menyertakan rekaan Mega Man dengan berwarna biru seperti watak Mega Man dengan beberapa tekstur seakan bertemakan 8-Bit seperti permainan klasik tersebut.

Kasut tersebut juga akan menyertakan kotak khas dengan rekaan seperti katrij asal permainan. Menariknya juga, untuk pemegang tali kasut, ianya mempunyai rekaan segaan bar di senjata Mega Man, iaitu Mega Buster yang mana pasti akan menarik minat peminat Mega Man di luar sana.
Kasut tersebut akan dijual dengan harga RM379 dan ia menyertakan sehingga saiz 12 untuk ukuran US.

Manakala dari segi pakaian pula ianya menyertakan beberapa rekaan seperti rekaan logo Mega Man dan juga rekaan watka Mega Man yang memakai kasut ASICS tersebut. Ianya juga menyertakan satu ayat bahasa Jepun yang bermaksud “Semua Ketua Musuh, Tiada Kecederaan” iaitu ayat yang sering digunakan untuk pemain yang melengkapkan permainan Mega Man tanpa sebarang kecederaan yang diterima oleh Mega Man.
Bagi anda yang berminat, pakaian Tshirt ASCIS bertemakan Mega Man dijual dengan harga bermula RM169 yang mana selain Tshirt, pakaian Hoodie juga dijual dengan rekaan yang sama dan berharga RM329.
Bagi anda yang berminat, kesemua produk di atas telah pun berada di pasaran Malaysia di mana-mana kedai rasmi ASICS bermula hari ini. Anda juga berpeluang untuk membelinya di laman rasmi ASICS.