Nintendo melalui akaun Twitter Nintendo Versus mengumumkan yang pengarah permainan Super Smash Bros Ultimate Masahiro Sakurai bakal mengadakan pengumuman lanjut mengenai watak Terry Bogard daripada Fatal Fury buat permainan tersebut.

September lepas, Terry Bogard telah diumumkan sebagai watak DLC seterusnya untuk permainan perlawanan tersebut. Pengumuman yang dikatakan selama 45 minit tersebut akan bermula pada 6 November 2019 pada pukul 9 malam waktu tempatan.

Penstriman ini akan sepenuhnya memfokuskan watak tersebut dan Nintendo juga mengesahkan yang tidak akan ada sebarang pengumuman lain yang akan dilakukan semasa penstriman tersebut.

Super Smash Bros Ultimate sudah dikeluarkan secara eksklusif untuk Switch.

Sohor Kini