Battle.net Versi Beta Kini Boleh Dicuba – Menyertakan Antaramuka Baharu

Blizzard minggu ini melancarkan versi baharu untuk Battle.net iaitu klien untuk permainan mereka. Versi beta bagi untuknya kini boleh dicuba oleh semua. Ia boleh dilakukan melalui tetapan klien untuk “Switch to Beta”.

Versi baharu ini, antaranya menyertakan antaramuka baharu, yang bagi kami nampak lebih kemas. Senarai permainan beralih daripada tepi kiri ke bahagian atas, bahkan anda juga kini boleh menyusunnya dan juga membuang mana-mana permainan.

Senarai rakan juga kini sentiasa dipaparkan di bahagian tepi kanan, untuk memudahkan anda berhubung dan juga melihat aktiviti semasa rakan anda.

Menurut Blizzard, ini adalah masih di peringkat awal, dan mereka mempunyai pelbagai lagi penambahan yang ingin disertakan di dalam klien tersebut. Sudahkan anda mencubanya?

Sohor Kini