Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Farming Simulator 20 Mengambil Inspirasi Daripada Pokémon – Gotta Farm’em All

Trailer Farming Simulator 20 Mengambil Inspirasi Daripada Pokémon – Gotta Farm’em All

Diterbitkan pada November 5, 2019 oleh .

Focus Home Interactive telah mengumumkan satu kelainan untuk permainan terbaru bagi siri Farming Simulator apabila menerbitkan Farming Simulator 20 untuk Switch dan juga sebagai permainan mudah alih. Ia akan tiba pada 3 Disember 2019.

Bersempena dengannya, mereka juga berkongsi satu trailer yang khusus untuk konsol Switch. Ia menjadikan Pokémon sebagai inspirasi untuk video tersebut dengan gaya video termasuk juga watak ‘Ash’ yang diperlihatkan bermain permainan tersebut. Tidak cukup jelas lagi, ia juga menggunakan tajuk Gotta Farm’em All.

Farming Simulator 20 adalah versi yang lebih ringkas jika ingin dibandingkan dengan Farming Simulator 19 untuk PC. Mungkin kerana mereka ingin memfokuskan kepada platform mudah alih.


TIPS & ULASAN