Skip to main content

Selain melakukan pelbagai pengumuman di BlizzCon 2019, Blizzard juga mengajurkan pelbagai kejohanan esukan berdasarkan permainan mereka. Di antara permainan yang terlibat adalah Overwatch, Hearthstone, World of Warcraft dan StarCraft.

Berikut adalah senarai pemenang untuk setiap kejohanan;

Overwatch World Cup

Pasukan Amerika Syarikat menjuarai kejohanan ini selepas mengalahkan pasukan China 3-0, mereka juga mengalahkan pasukan Korea Selatan yang merupakan satu-satunya juara sejak kejohanan ini bermula pada tahun 2016.

Hearthstone GrandsMaster

Kejohanan baharu untuk Hearthstone ini memperlihatkan Xiaomeng “VKLiooon” Li dari China menjadi pemenang pertama untuknya selepas mengalahkan Brian ‘Bloodyface’ Eason di peringkat akhir. Beliau membawa pulang hadiah bernilai $200 ribu (RM830 ribu).

World of Warcraft Mythic Dungeon International

Kejohanan Mythic Dungeon International (MDI) memperlihatkan pasukan Method EU menjuarai selepas mengalahkan pasukan yang boleh dikatakan sebumbung dengan mereka iaitu Method NA. Mereka membawa pulang hadiah bernilai $140,250 (RM582 ribu).

World of Warcraft Arena World Championship

Mengekalkan dominasi mereka, satu lagi pasukan Method, iaitu Method Black menjuarai kejoanan 3 v 3 World of Warcraft Arena World Championship, selepas mengalahkan Wildcard Gaming. Mereka membawa pulang hadiah bernilai $132 ribu (RM548 ribu).

StarCraft II World Championship Series Global Finals

Park “Dark” Ryung Woo dari Korea Selatan akhirnya berjaya menjadi juara untuk kejohanan StarCraft II World Championship selepas mengalahkan Riccardo “Reynor” Romiti dengan kiraan 4-1. Beliau membawa pulang hadiah bernilai $210 ribu (RM871 ribu).

Tahniah kami ucapkan untuk kesemua pemenang. Walaupun dengan pelbagai kontroversi, seperti pengharaman pemain di Hearthstone GrandMaster, masalah hadiah sumbangan biayasama untuk World of Warcraft, setiap kejohanan tersebut dengan jayakan dianjurkan.

Leave a Reply