Informasi Permainan Video Terkini
Gio Korsi, Ketua Permainan Pihak Kedua Global Meninggalkan Sony Interactive Entertainment

Gio Korsi, Ketua Permainan Pihak Kedua Global Meninggalkan Sony Interactive Entertainment

Diterbitkan pada November 5, 2019 oleh .

Gio Corsi iaitu ketua untuk permainan pihak kedua global dari Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan yang mana beliau telah pun meninggalkan syarikat tersebut.

Bagi anda yang tidak mengenali beliau, Gio Korsi merupakan salah seorang yang sering mempromosikan permainan-permainan di konsol PlayStation Vita, terutamanya ketika acara PlayStation Experience beberapa tahun lepas yang mana beliau umum pelbagai permainan di acara PlayStation Experience 2015 dan boleh dikatakan salah satu wajah PlayStation yang sering berada di atas pentas untuk mempromosikan permainan pihak kedua dan ketiga.

Menurut beliau di Twitter, beliau juga mengucapkan terima kasih terhadap semua ahli pasukan, pembangun dan sebagainya yang terlibat ketika beliau di Sony Interactive Entertainment.

Kami di Aksiz juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Gio Korsi untuk sebarang perjalanan beliau pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN