Ketika acara BlizzCon 2019 yang berlangsung hujung minggu lepas, Blizzard juga tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan pernambahan seterusnya untuk salah satu permainan MMORPG yang sangat terkenal iaitu World Of Warcraft, iaitu pernambahan Shadowlands.

Menurut Blizzard, pernambahan tersebut akan dilancarkan pada tahun hadapan dan ianya menjanjikan pelbagai kandungan tambahan dan penceritaan seterusnya untuk permainan tersebut.

Shadowlands bertempatkan selepas sahaja Battle Of Azeroth yang mana kali ini pemain akan mengembara di pelbagai lokasi baharu untuk menghalang Syvanas setelah beliau menghancurkan Helm of Domination.

Dari segi aspek kandungan, Shadowlands akan menyertakan fungsi baharu iaitu Covenants di mana ianya adalah bentuk ganjaran yang pemain boleh dapatkan setelah pemain menyelesaikan beberapa misi penceritaan buat pernambahan ini. Selain itu, Shadowlands juga akan menyertakan Dungeons baharu dan juga Dungeons tanpa had yang dipanggil Torghast.

Menariknya juga, Shadowlands kini juga akan menyertakan pelbagai pengubah-suaian watak baharu termasuklah rekaan watak dengan pelbagai etnik dan kaum di mana setiap satunya mempunyai gaya tersendiri seperti rambut dan tatu berbeza mengikut pilihan.

Blizzard juga umum kelas watak Death Knight kini juga tiba buat kedua-dua pilihan watak Allied Races dan Pandarias yang mana sebelum ini ianya terhad kepada sesetengah kaum sahaja.

Bagi anda yang berminat, pernambahan World Of Warcraft: Shadowlands sudah boleh dipra-tempah yang mana ianya dijual dengan harga bermula $39.99(~RM167) melalui laman rasmi Battle.net.

Sohor Kini