Diablo Immortal – Bentuk Permua Dan Lokasi Baharu Diperlihatkan

Diablo Immortal merupakan permua baharu yang dibangunkan oleh Blizzard dan NetEase yang mana permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan di peranti telefon pintar di iOS dan Android yang diumumkan tahun lepas.

Bersempena dengan acara BlizzCon 2019 yang berlangsung hujung minggu, Blizzard kini berkongsi satu lagi bentuk permainan baharu buat Diablo Immortal yang mana ianya memperlihatkan sebilangan lokasi-lokasi baharu yang boleh diterokai oleh pemain.

Melalui video di atas, Blizzard memperlihatkan sebilangan lokasi atau zon baharu seperti Dark Wood, Tamoe Mountain dan sebagainya. Selain itu, mereka juga memperlihatkan bentuk permainan yang memperlihatkan sebilangan serangan berkuasa dan kemahiran-kemahiran untuk kelas-kelas watak yang bakal tiba di dalam permainan tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, Diablo Immortal akan menyertakan 6 kelas watak yang boleh dimainkan iaitu Monk, Demon Hunter, Barbarian, Necromancer, Wizard dan Crusader di mana Blizzard juga menjanjikan bentuk multi-pemain bakal tiba bersama-sama bentuk solo.

Blizzard juga menjanjikan pelbagai kandungan pasca-pelancaran bakal tiba buat permua tersebut setelah ianya dilancarkan kelak dengan lokasi, penceritaan dan kelas watak baharu. Dari segi aspek mikro-transaksi, semestinya permua ini akan mempunyai bentuk sedemikian, namun Blizzard akan umumkannya kemudian termasuklah tarikh pelancarannya.

Sohor Kini