Informasi Permainan Video Terkini
BioWare Mungkin Mengumumkan Dragon Age 4 Secara Rasmi Disember Ini

BioWare Mungkin Mengumumkan Dragon Age 4 Secara Rasmi Disember Ini

Diterbitkan pada November 5, 2019 oleh .

Dua permainan terakhir oleh BioWare adalah Anthem dan Mass Effect: Andromeda dan kedua-duanya boleh di katakan kurang berjaya dengan mempunyai pelbagai masalah.

Bagi kami, cara terbaik untuk membuatkan BioWare kembali menjadi satu nama yang gah adalah dengan mengeluarkan permainan berdasarkan IP disukai ramai, jika Mass Effect sebelum ini tidak berjaya, mereka masih ada Dragon Age.

Minggu ini, BioWare melalui Twitter rasmi mereka selain mengingatkan semua Dragon Age sudah berumur 10 tahun, mereka juga mengumumkan sambutan bersempena dengan ulang tahun tersebut pada 4 Disember ini.

Satu perkara menarik mengenai tweet tersebut adalah, ejaan untuk Dragon Age Day, di mana mereka menggunakan Dragon 4ge, yang mungkin bermaksud mereka akan mengumumkan Dragon Age 4 padea masa itu.

Dragon Age 4 yang mungkin akan membawa nama The Dread Wolf Rise sudah diacahkan sebelum ini di The Game Awards 2018.


TIPS & ULASAN